Rabu, 26 September 2012

Kursus Asas Kesedaran Pengurusan Jenazah.

Pada 25 September 2012 Sekolah Kebangsaan Renek telah mengadakan KURSUS ASAS KESEDARAN PENGURUSAN JENAZAH.Sekolah Kebangsaan Renek didatangngi  oleh Ustaz Arif bin Tengah,beliau seorang pemandi jenazah yang profisional di negeri Kuala Terengganu.Ustaz Arif bin Tengah juga menunjukkan pakaian-pakain mandikan mayat yang telah beliau pakai ketika memandikan jenazah-jenazah tersebut.Selepas itu,beliau juga mengajar murid-murid Sekolah kebangsaan renek menguruskan jenazah,cara-cara mengkafankan jenazah dan cara-cara memandikan jenazah.Contoh gambar cara-cara menguruskan jenazah:












ini cara-cara menguruskan jenazah yang betul yang ditunjuk oleh ustaz Arif,guru besar(Encik Mizan) dan guru kokurikulum(Encik Nordin).
Ustaz Arif yang mengajar kami sampai murid-murid Sk Renek pandai menguruskan jenazah.








Selepas cara-cara mengkafankan jenazah selesai,Ustaz Arif menunjukkan kami pakain yang dipakai ketika memandikan jenazah.Contoh pakain:
Pakain itu dipakai supaya tidak dapat penyakit daripada jenazah yang dimandikan,ia memakai penutup hidung supaya air yang digunakan untuk memandikan jenazah tidak terkena kepada pemandi jenazah tersebut.
Kemudian ustaz menceritankan pengalamannya ketika memandikan jenazah orang bukan islam seperti cina dan india.Gambar ketika dia menceritakan mengalamannya 
Seterusya,ustaz Arif mengadakan praktical menguruskan jenazah bagi murid tahun 6 & 5.Kemudian selesai mengkafankan jenazah tersebut ustaz melatih kami dan mengadakan solat jenazah,Contoh gambar tersebut:
Sebelum latihan solat jenazah dimulakan,ustaz Arif mengajar murid Sk Renek solat jenazah dan menerangkan satu persatu cara-cara solat jenazah.Selepas selesai semuanya,guru besar(Encik Mizan) mengucapkan jutaan terima kasih  dan memberi hadiah kepada Ustaz Arif bin Tengah kerana menghabiskan masanya di Sekolah Kebangsaan Renek  dari pagi hingga ke petang.

Isnin, 24 September 2012

PUISI BUAT SEKOLAHKU,,,,


OH SEKOLAHKU......

Bangunanmu begitu kukoh
Memberi keselesaan untukku mencari ilmu
Hingga membuatku menjadi seorang yang berguna
Tidak ada yang boleh kulakukan untukmu
Selain uapkan"TERIMA KASIH"
Kau tempatku menimba ilmu
Bertemu rakan,bergurau dan ketawa
Tempat awal lu mengejar cita-cita
Merakin mimpi,meraih mimpi,,,

Aku ingin mengucapkan 
TERIMA KASIH SEKOLAHKU,,,,

PANTUN GURUKU SAYANG MURIDKU SAYANG

Selamat menyambut Hari Guru,
Ucapan daripada muridmu untuk guruku;
Hingga kini terkenang budi baikmu,
Ilmu diajar rasa tak jemu.

Guru penyayang murid disayang,
Baik hatimu hingga kini kukenang;
Dikau mengajar terkenang-kenang,
Dalam peperiksaan jawapan terbayang-bayang.

Kuberi hadiah untuk guruku tersayang,
Bila mengajar penuh kasih dan sayang;
Budi baikmu takkan hilang,
Akan kubuktikan menjadi murid cemerlang.

Hari guru disambut penuh keceriaan,
Telatah guru murid terhibur;
Hadiah istimewa untukmu kuberikan,
Acara penyampaian semua teratur.

Guru  kreatif murid tak bosan,
Apa diajar didengar difaham;
Pulang ke rumah mengulangkaji pelajaran,
Ibubapa melihat teramat kagum.

Suasana bilik darjah penuh  ceria,
Dihias dengan lukisan kreatif;
Murid belajar berlumba-lumba,
Kerana semuanya berminda positif.

Suasana belajar amat menyeronokkan,
Guru  kreatif murid positif;
Apa  diajar semua difokuskan,
Impak pembelajaran  guru  kreatif.

Murid diajar beradap sopan,
Saling hormat menghormati asas perpaduan;
Tiada tercicir dalam pembelajaran,
Kerana itu satu kebanggaan.

Guru  cemerlang murid terbilang,
Itulah cita-cita Menteri  Pelajaran;
Apa diajar takkan hilang,
Kecemerlangan murid jadi tumpuan.

Murid bermasalah  guru  pening kepala,
Guru bermasalah murid yang rugi;
Kehidupan baru kini bermula,
Murid berjaya berpelajaran tinggi.

Guru mengajar sepenuh hati,
Demi kerana murid tersayang;
Apa  diajar lekat di hati,
Itulah harapan guru penyayang.

Pergi ke sekolah menuntut ilmu,
Ilmu itu pelita hati;
Menuntut ilmu janganlah jemu,
Masa depanmu bersinar nanti.

Apabila belajar bersungguh-sungguh,
Kerana itu amalan mulia;
Banyak ilmu janganlah megah,
Sifat riak membawa binasa.

Murid berdisplin  guru  gembira,
Sekolah lahirkan murid cemerlang;
Sukanya hati tidak terkira,
Kerana muridku terus gemilang.

Murid ponteng amatlah rugi,
Pelajaran tercicir masa depan gelap;
Suka ponteng jangan diulangi,
Dalam peperiksaan tidak tersilap.

Indah sungguh suasana sekolah,
Burung berkicauan  di waktu pagi;
Suasana sekolah sungguh meriah,
Keceriaan sekolah patut dipuji.

Guru besar kreatif sekolah cemerlang,
Murid ke sekolah penuh keazaman;
Setiap tahun sekolah cemerlang,
Gemilang murid itulah idaman.

Persatuan Ibu Bapa Guru bersatu hati,
Usaha melahirkan pelajar cemerlang;
Setiap cadangan akan direalisasi,
Agar murid terus gemilang.

Sekolah pencetus ilhamku,
Galakan guru pembakar semangatku;
Akan tersemat nasihat di hatiku,
Moga bahagia hidupmu hidupku.

Guru  Pembina Negara Bangsa,
Murid pencetus ilham guru;
Jasamu guru  kuingat  setiap masa,
Perpisahan nanti buat kuterharu.

Guruku sayang muridku sayang,
Ku di sini mengajar penuh kasih sayang;
Moga dikau menjadi pelajar cemerlang,
Impaknya nanti Negara terus gemilang.

PUISI GURUKU SAYANG MURIDKU SAYANG

Guruku sayang…
Aku amat terhutang budi padamu,
Kau mengajar aku tentang…
Kehidupan… 
Kehidupan  yang  semuanya
berpaksikan ilmu.

Tanpa tunjuk ajarmu…
Aku bagaikan burung patah sayapnya…
Kapal  hilang nakhodanya…
Hidup bagaikan gelap-gelita.


Guruku sayang…
Ajarlah aku…
Nasihatkanlah aku…
Pimpinlah aku ke jalan  benar …
Agar aku tidak terkapai-kapai
lemas di atas kejahilanku sendiri
tidak berminat menuntut ilmu.

Mulai  hari ini aku berazam
menjadi murid cemerlang dan terbilang!
Itulah janji aku! Itu sumpah aku padamu guru!
Terima kasih guru…
Di atas segalanya!
Tanpa mu siapalah aku!

Sekolah Kebangsaan Renek memenangi pembarisan Merdeka Raya


PASUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN RENEK MENJADI JUARA DALAM PEMBARISAN MERDEKARAYA  2012 PERINGKAT DAERAH BESUT DI PANTAI AIR TAWAR PADA TARIKH 8  SEPTEMBER 2012.



Ahad, 23 September 2012

PERTANDINGAN SMART ENGLISH


SEKOLAH KEBANGSAAN RENEK(SKR) BERJAYA MENJUARAI PERTANDINGAN SMART ENGLISH SEKOLAH-SEKOLAH ZON JABI

Sabtu, 22 September 2012

Guru Besar Sekolah kebangsaan Renek

 
GURU BESAR ENCIK MIZAN BIN HJ MUHAMMAD SELAKUNYA PENGETUA SEKOLAH KEBANGSAAN RENEK DARI TAHUN 2005 HINGGA 2O12.BELIAU JUGA SEORANG PENGETUA YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN SEORANG DERMAWAN YANG BAIK HATI.