Ahad, 4 Ogos 2013

BrtAuBt

Sesungguhnya langkah awal bertaubat adalah bertekad kuat mengubah diri 
dan memperbaikinya.Ana nak bagi sikit cara atau pendapat untuk bertaubat walaupun bukannya diantara yang terbaik.

1. Menyesal dan menganggap dosa tu kotor.

Jika kita benar-benar menyesal atas semua kesalahan yang pernah kita buat, akan membuat hati lembut, dan Allah  akan menolong dan  menyelamatkan kita dari apa yang akan terjadi dimasa  yang akan datang. Dan Allah  akan menolong diri kita untuk istiqomah dalam ketaatan 
kepada-NYA.

Belajarlah jujur kepada diri kita sendiri dan kepada Allah, jujurlah dalam penyesalan dengan menganggap kemaksiatan tu kotor yang pernah kita 
lakukan, menangislah dalam penyesalan. Mohon Ampunlah kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala atas kesalahan perbuatan kita dimasa lalu.InsyaAllah,Allah akan  menerima keampunan hambanya.

2.Nasihat dan peringtan terhadap diri kita sendiri.

Mulakan untuk menasihat diri anda sendiri untuk mendekatkan diri kepadaNYA.Ingatkanlah selalu pada diri anda bahwa ia pasti akan MATI, dan pasti akan kembali kepada Tuhan-NYA yaitu Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Katakanlah pd diri sendiri ->>" Wahai diri, apa pendapatmu bila sekarang kita mati, dengan bekal apa kita ada untuk menemui Allah"
Katakan lah pada diri sendiri juga ->> "Wahai diri, taubatlah engkau sebelum mati, sebab kematian itu datangnya tiba-tiba. Tak ada yang dapat menolaknya, mengundurkannya atau mendahulukannya. "

Ingatkanlah tentang sahabat, teman, saudara bahkan orang tua yang telah pergi mendahului kita. 

Ingatlah bahwa Rasulullah SAW juga telah wafat mendahului kita, padahal beliau adalah Rasul kesayangan-NYA.

Dan juga ingatlah->>"Wahai diri, ingatlah bahawa engkau akan melihat amal-amalmu ditunjukkan pada hari kiamat".

Dan berlatih lah bercakap dengan diri sendiri ->> "Wahai diri, Sabarlah sebentar di kehidupan dunia ini.mengapa engkau tidak sibuk 
mengerjakan kebaikan dan perbaikan ? apa alasanmu menunda-nunda, janganlah engkau mengatakan sebentar lagi..., kemudian sebentar lagi.......... sampai akhirnya tak ada waktu yang tersisa ketika ajal datang dan jasad telah berbaring di liang kubur. Apakah engkau tahu bahwa kematianmu adalah Haqq (benar), kuburanmu adalah rumahmu, tanah adalah ranjangmu, dan cacing-cacing adalah teman tidur panjangmu, sebaik-baiknya bekal adalah amalmu. Maka Lawanlah hawa nafsumu. sebab hawa nafsu sentiasa mengajak kepada kemaksiatan, kejahatan dan kekejian dan memperturutkan hawa nafsumu akan mengakibatkan kemurkaan Tuhan - mu. Segeralah bertaubat, saudaraku.

3. Merubah pergaulan.

Sesungguhnya faktor penting dalam bertaubat adalah meninggalkan teman kita yang jahat dan menggantinya dengan teman yang baik dan soleh.

Rasullullah SAW bersabda:

"Agama seseorang berdasarkan agama temannya. Maka hendaklah salah seorang kamu memperhatikan dengan siapa dia berteman."
"Adapun teman yang yang jahat adalah seperti seorang pandai besi. Adakalanya dia membakar pakaianmu dan adakalanya kamu mendapatkan bau yang busuk darinya"


4. Menyibukkan diri dengan amal kebajikan

Buatlah diri kita bekerja, dan terus bekerja melakukan amalan -amalan ibadah kepada-NYA, sibukkanlah diri kita, buatlah dia lelah dengan ketaatan Kepada Allah SWT, sehingga diri tidak memiliki keinginan dan kekuatan untuk bermaksiat kepada-NYA, buatlah agar hatimu tunduk hanya kepada-YA.Kerjakanlah solat malam (tahajud) disaat orang lain sedang tertidur nyenyak, bermunajat (berdo'a) lah Kepada - NYA, sebab solat & doa adalah  
komunikasi seorang Hamba dengan Tuhan-NYA.Dan lakukan juga solat Taubat Nasuha.

5. Ajaklah diri anda berpikir tentang akhirat
Berfikirlah dan renungkanlah ayat-ayat Al-qur'an tentang Akhirat, kiamat, syurga dan neraka, seksa dan pahala, hisab dll.
jadikan lah AlQuran sebagai rujukan,banyak yang terkandung didalam Al Quran.

5. Bersabar dan bertawakallah

Sesungguhnya Taubat itu berat,
Apalagi untuk istiqomah dalam ketaatan kepada-NYA dan tidak mengulangi kemaksiatan yang pernah kita lakukan.
Namun YAKIN lah bahwa Allah SWT pasti akan menolong kita, asalkan kita bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya.
Dalam bertaubat, Jangan menyandarkan pada kekuatan diri sendiri, namun Mintalah 
pertolongan dan perlindungan Kepada Allah SWT kKuasa atas segala sesuatu, kerana sesungguhnya syaitan sentiasa mengintai kita 
setiap saat untuk menjerumuskan kita kembali ke dalam kemaksiatan, dengan menggunakan segala cara dan upaya.

Wa'Allahua'alam..

BertaUbat kPada ALLAh stiAp ary..

BismillahirRahmanirRaheem
Assalamu 'Alaykum WaRahamtullahi WaBarakatuh


Setiap manusia wajib bertaubat, samada mereka sedar mereka telah melakukan dosa atau mereka yakin mereka tidak melakukan dosa. Kerana pada hakikatnya setiap manusia melakukan dosa tanpa disedari, kecuali Rasul2 dan Nabi2 mendapat pemeliharaan Allah Ta'ala. 

Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda:

“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah] 



Taubat bagi dosa2 yang dikerjakan dengan sengaja adalah berbeza dengan taubat yang dilakukan atas perkara2 yang tidak disedari atau disebabkan kelalaian.

PERKARA2 YANG WAJIB TAUBAT PADANYA

1.   Maksiat zahir/dosa2 disebabkan anggota zahir – seperti meninggalkan solat, puasa, zakat , tidak mencegah kemungkaran, derhaka kepada ibubapa, berzina, membunuh, berkata dusta, mengumpat, memfitnah, menzalimi mkhluk Allah dan banyak lagi. 

2.   Maksiat Batin /dosa2 yang disebabkan oleh gerak hati – seperti ria’ dalam amal, ujub, takabbur, jahat sangka kepada Allah, jahat sangka sesama manusia dan lain-lainnya yang tersebut didalam kitab Tasawwuf. 


SYARAT2 DAN ADAB BERTAUBAT

1. Segera menghentikan maksiat/perlakuan dosa tersebut. . 

2. Menyesal dengan penyesalan yang benar atas maksiat/dosa2nya. 

3. Berazam sungguh2 untuk tidak mengulangi lagi perlakuan maksiat tersebut selamanya

4. Jika dosa2 tersebut dengan haq Tuhannya maka wajib menggantikan segala yang tertinggal. Umpamanya tertinggal solat, puasa dll. 

5. Jika dosanya sesama manusia selain mohon keampunan Allah wajib pula mengembalikan haknya. Maksudnya adalah :

i) Jika pernah menzalimi, memfitnah, mencaci, menyakiti, menuduh tanpa hak, mengumpat dll maka wajib berjumpa dan memohon maaf daripadanya.

ii) Jika pernah mengambil harta tanpa hak, maka wajib dikembalikan atau diganti dengan yang sama atau di minta halal.

6. Ikhlas. Taubat yang mempunyai maksud kepentingan duniawi tidak diterima. 

7. Taubat dilakukan pada masa diterima-nya taubat. Masa diterimanya taubat adalah:
I) Sebelum saat sakaratul maut (sebelum nyawa sampai halkum).
Ii)Sebelum Matahari terbit dari barat (tanda besar Qiamat).



DOSA2 YANG TIDAK DISEDARI


Seseorang wajib bertaubat atas semua dosa2 yang dilakukan dengan penuh kesedaran, samada dosa kecil ataupun dosa besar. Disamping itu ada lagi dosa2 yang kita lakukan secara tidak sedar, atau disebabkan kelalaian. 

Diantara dosa2 yang tidak disedari adalah : 

1. Tidak berzikir kepada Allah/ lalai dari mengingati Allah.

2. Tidak mensyukuri ni'mat Allah.

3. Tidak menunaikan hak manusia.

Dan banyak lagi yang berlalu tanpa disedari. Dengan demikian wajib bertaubat berterusan walaupun kita merasakan kita tak berbuat dosa. Pada hakikatnya kita sentiasa dalam dosa tanpa disedari. 


CARA-CARA MELAKUKAN TAUBAT INI

1. Lazimkan Solat Taubat
2. Membaca Istighfar berulang2 dan banyak2  umpamanya 100 kali tau lebih.
3. Lazimkan Sujud taubat.


TANDA2 TAUBAT DITERIMA

Sesungguhnya adalah hak mutlak Allah Ta’ala samada mengampuni atau tidak hamba2Nya. Walau bagaimanana pun, Jika seseorang melakukan taubat dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan dengan menitiskan air mata penyesalan, maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dosa2 hambaNya walau sebesar dosa sekalipun. 

Seseorang yang telah bertaubat sungguh2 akan merasai dalam dirinya beberapa tanda taubatnya diterima. Tanda2 ini kebanyakannnya dirasai oleh hati dan ada juga tanda2 zahir yang dapat diperhatikan :


1.   Hatinya akan merasai ketenangan dan kelapangan yang tidak dirasai sebelumnya. Kerana seseorang yang bertaubat dengan taubat Nasuha, adalah seperti seorang yang tidak berdosa. Hatinya telah disucikan oleh Allah Ta’ala. Maka yang tinggal dalam hatinya adalah cahaya keimanannya. 

2.   Hatinya cenderung dan kuat keinginannnya untuk melakukan amal ibadat kepada Allah Ta’ala serta berbuat amalan kebajikan yang lain kepada manusia seperti bersedekah dll.

3.   Anggota tubuh zahir dan batinnya di abdikan untuk mengikut petunjuk Allah.

4.   Hatinya sangat membenci ma’siat serta perbuatan kufur kepada Allah Ta’ala.

5.   Hidupnya penuh kedamaian. Walaupun rezekinya sedikit tetapi memadai serta mencukupi bagi kehidupannya.


Moga kita semua termasuk yang mendapat keampunan Allah Ta'ala.